Intro (Bitcoin Thor)

Setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia promosi di dalam internet dengan mendapatkan sedikit komisen dari hasil jualan, saya telah menambah satu lagi cara bagaimana untuk mendapatkan pendapatan dalam bentuk Matawang Crypto pula. Ia menarik minat saya semenjak permulaan tahun 2020 dan mula mendapatkan matawang crypto ini di pertengahan tahun 2020.

Pada mulanya ia sangat menjengkelkan kerana nilainya sekira ditukar kepada matawang biasa seperti USD agak kecil juga. Tetapi setelah memikirkan banyak faktor sehingga boleh mendapatkan pendapatan pasif darinya, saya teruskan juga.

Mengapa Matawang Crypto?

  • Kerana ia merupakan matawang digital dan berpotensi untuk menjadi matawang terpenting dalam dunia digital.
  • Kerana penggunaannya yang semakin meluas membuatkan nilainya semakin tinggi di pasaran (nilai 1 BTC pada 11/4/2021 mencecah 60k USD).
  • Kerana ia mudah digunakan dengan hanya memperolehi Dompet Crypto Digital, saya boleh menerima atau memindahkan crypto.
  • Kerana terdapat berbagai-bagai cara untuk mendapatkan crypto dengan mudah dan boleh juga mendapat interest daripadanya (pada nilai tertentu).

Setelah berkecimpung lebih dari 6 bulan dan telah terpedaya dengan banyak laman crytpto yang dicipta untuk mengambil matawang crypto anda, saya dapati ianya berbaloi. Lebih banyak peluang untuk menggandakan Matawang Crypto saya dengan menyertai berbagai-bagai program yang tersedia dalam laman web yang benar-benar menjalankan perniagaan Matawang Crypto ini. Anda bertuah kerana saya akan hanya memaparkan Program Crypto yang sahih pembayarannya sahaja (kurang dari 10% dari apa yang saya sertai kerana yang lain-lainnya adalah penipuan SCAM).

Untuk memudahkan perjalanan Matawang Crypto anda, saya sertakan beberapa perkara di bawah untuk anda ambil perhatian:

Tiada yang mudah untuk memperolehi kejayaan dan tiada jalan pintas yang saya temui untuk memperolehi keuntungan yang besar. Berhati-hati dengan sifat tamak yang sememangnya ada dalam diri manusia kerana itu merupakan senjata bagi mereka yang hendak menipu anda. Nasib saya agak baik kerana hanya kehilangan beberapa puluh Dollar sahaja kerana terpedaya.

Memang pada mulanya agak susah dan mengambil masa yang panjang untuk mengumpul nilai matawang crypto ini sehinggalah ianya mencapai nilai minima untuk membolehkan anda mula berniaga dengannya. Dengan kesungguhan, keyakinan dan usaha berterusan akan membolehkan saya sekarang mendapat interest setiap hari tanpa buat apa-apa. Tapi saya telah terbiasa untuk terus menjana crypto paling kurang 2 ke 3 jam sehari (berbanding 10 ke 15 jam sehari termasuk melayan laman SCAM).

Akhir kata, tidak mustahil untuk menjana pendapatan dengan matawang crypto ini dan peluang masih banyak lagi kerana matawang crypto pertama iaitu Bitcoin bermula pada tahun 2009 dan sampai sekarang masih ada matawang crypto yang baharu akan muncul dan berpotensi untuk meningkat (crypto to the moon).

Published by Ainudin

I'm from Johor Bahru, Malaysia. Independent Health Coach.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: